101 Himpunan Resepi Sotong Popular [Boleh Print PDF]

0

Himpunan resepi sotong ini boleh dijadikan rujukan untuk anda untuk aktiviti masakan harian.

Anda sebagai isteri mesti selalu tanya suami “Nak masak apa hari ini” dan jawapan hampa si suami “Ikut la apa-apa pon”.

Untuk menu berasaskan sotong, disini kami himpunkan idea untuk mememasak sotong.

Anda boleh download untuk setiap resepi sotong yang kami kongsikan pada laman ini.

Mudah untuk anda rujuk pada kemudian hari.

Senarai Resepi Sotong

Dibawah ini merupakan senarai yang kami himpunkan untuk resepi sotong. Mudah dan Senang.

Jom…..

5. Sotong Goreng Kunyit 10 Minit Siap

Sotong Goreng Kunyit
Yields: 3 Servings Difficulty: Easy Prep Time: 10 Mins Cook Time: 10 Mins Total Time: 20 Mins

Ingredients

0/8 Ingredients

Instructions

0/5 Instructions
  • Bersihkan Sotong. Potong Bulat.
  • Gaul sotong yang telah dipotong bersama kunyit, garam dan sos tiram. Perap sehingga setengah jam.
  • Panaskan minyak (sedikit) dan goreng sotong sehingga setengah masak.
  • Masukan bawang besar, bawang putih, kicap (sedikit), garam (sedikit) dan sos tiram (sedikit) dan goreng bersama sotong setengah masak.
  • Masak sehingga sotong masak sepenuhnya. Kira-kira 5-6 minit.

Tags

#Goreng Kunyit  

4. Sotong Telur Sumbat Masak Bersos

Sotong Telur Sumbat Bersos
Yields: 2 Servings Difficulty: Medium Prep Time: 10 Mins Cook Time: 20 Mins Total Time: 30 Mins

Sotong telur sumbat bersos ini sedikit lain berbanding dengan sotong telur sumbat masak rendang.

Bahan-bahan juga lain dan penyediaan lebih mudah.

 

Ingredients

0/23 Ingredients
    Bahan Utama
  • Bahan Inti
  • Bahan Kisar
  • Bahan untuk Sos

Instructions

0/9 Instructions
    Penyediaan Telur Sumbat
  • Campurkan telur bersama bawang, cili, lada putih yang telah dicincang dan juga garam (secukup rasa)
  • Goreng campuran telur tadi untuk dijadikan telur hancur (scramble egg)
  • Tutup api. Kemudian masukan lobak merah dan daun bawang. Gaulkan sekali.
  • Setelah sejuk. Masukan inti ini 3/4 penuh ke dalam sotong.
  • Tutup badan sotong dengan kepalanya. Gunakan pencukil gigi atau lidi.
  • Penyediaan Sos (Tumis)
  • Panaskan minyak. Tumiskan semua Bahan Kisar dan Siap Kisar (Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih) sehingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah sedikit kering.
  • Masukan sotong yang telah disumbat telur. Gaul sebati dan biarkan sehingga sotong masak.
  • Taburkan bawang yang telah dipotong bulat. Matikan api.

Tags

#Telur Sumbat  

3. Sotong Telur Sumbat Masak Rendang

Sotong Rendang Telur Sumbat
Yields: 4 Servings Difficulty: Medium Prep Time: 10 Mins Cook Time: 25 Mins Total Time: 35 Mins

Rata-rata komen yang kami lihat di sosial media dan blog memberikan feedback positif kepada menu ini.

Melayu dan rendang tak dapat dipisahkan.

Sememangnya sedap sepanjang zaman.

Ada yang cakap makan dengan roti pon sedap instead of nasi kan.

Resepi rendang sotong ini memberikan kelainan pada kebiasaan resepi sotong yang anda selalu masak.

Ingredients

0/22 Ingredients
    Bahan Sotong Telur Sumbat
  • Bahan Kuah Rendang
  • Bahan Pes Rempah (Dikisar)

Instructions

0/16 Instructions
    Penyediaan Sotong Telur Sumbat
  • Telur dan lada sulah dipukul bersama
  • Masukan tauhu yang telah dihancurkan
  • Panaskan 1 sudu minyak - kemudian masukan telur yang telah dipukul bersama tauhu tadi.
  • Telur dikacau dalam kuali untuk dijadikan telur hancur (scramble egg)
  • Jangan biarkan terlalu masak.
  • Telur hancur disumbat ke dalam sotong sehingga 3/4 penuh
  • Menggunakan pencukil gigi atau lidi, sambungkan kembali kepala sotong dan badan
  • Penyediaan Kuah Rendang
  • Kisar semua (bahan kisar) sehingga sebati
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
  • Masukan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
  • Dimasak sehingga cili garing
  • Masukan santan, kerisik dan daun limau purut. Biarkan seketika
  • Masukan sotong yang telah disumbat dengan telur hancur. Anggaran untuk sotong masak 8-12 minit.
  • Sotong dikeluarkan apabila telah masak (sotong sahaja).
  • Aktiviti memasak Kuah rendang (tanpa sotong) diteruskan sehingga pekat dan pecah minyak. [seperti masak rendang biasa]
  • Setelah kuah rendang siap. Masukan sotong untuk dihidang.

Notes

Rendang sotong ni adaptasi dari Resepi Rendang Kerang Chef Wan dari buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan. Dikongsi oleh Enya Abdullah.

Tags

#Rendang  

2. Sotong Masak Kicap Cili Api

Sotong Masak Kicap
Yields: 2 Servings Difficulty: Easy Prep Time: 10 Mins Cook Time: 15 Mins Total Time: 25 Mins

Resipi sotong masak kicap mudah dilakukan sebab itu ia juga antara masakan yang popular.

Sangat sesuai untuk dimakan bersama nasi ketika lunch dan juga makan malam.

Kalau tak suka pedas, boleh kurangkan cili api atau tak perlu letak terus.

Warna hitam dan tidak seperti sotong masak merah – dimana warna merah yang menjadi ketakutan (pedas) untuk anak-anak.

Makanan kegemaran untuk kanak-kanak juga sotong masak kicap ini.

Boleh juga tambah sayur-sayur sedikit seperti kubis atau sawi jika mahu.

Ingredients

0/9 Ingredients
    Bahan Utama
  • Bahan Lain

Instructions

0/6 Instructions
  • Sotong dibersihkan dan dihiris bulat
  • Tumis halia, bawang putih, cili api dan serai
  • Masukan kicap pada tumisan tadi dan dibiarkan sehingga mendidih
  • Masukan bawang besar yang dihiris sekaligus dengan sotong. Kacau sehingga sebati.
  • Biarkan sehingga sotong masak.
  • Masukan garam dan cuka (sesedap rasa... tak perlu banyak sangat)

Tags

#Masak Kicap  

1. Sotong Goreng Kunyit Masak Merah

Yields: 2 Servings Difficulty: Easy Prep Time: 10 Mins Cook Time: 15 Mins Total Time: 25 Mins

Resipi sotong masak merah ini adalah antara masakan utama untuk makanan laut ini.

Selalunya, sotong masak merah tidak akan digoreng kunyit.

Anda boleh rasai kelainannya jika anda goreng kunyit terlebih dahulu untuk sotong ini.

Mana-mana pon sedap!!!

Ingredients

0/10 Ingredients
    Bahan Utama
  • Bahan Tumis

Instructions

0/10 Instructions
  • Bersihkan Sotong dan Dipotong Bulat
  • Lumurkan garam dan kunyit
  • Goreng sotong sehingga masak. [Jangan terlalu masak kerana lepas ini akan dimasak tumis pula]
  • Masak Tumis
  • Panaskan minyak
  • Masukan bahan tumis yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan
  • Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili masak
  • Masukan sos tomato serta gula dan garam [sesedap rasa la yea]
  • Masukan sotong yang digoreng kunyit tadi.
  • Gaul sehingga rata.
  • Biarkan seketika. Dan siap untuk dihidang

Nota [Resepi Sotong]

Himpunan ini akan selalu dikemaskini dari masa ke masa. Jadi selalu la melawat Deria Rasa untuk tidak ketinggalan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.