Ini Resepi Masakan Sotong Paling Popular [Ringkas & Mudah]

0

2 resepi sotong ini sangat popular sejak saya kecil sehinggalah sudah berkeluarga – resepi masakan sotong mudah dan ringkas sepanjang zaman.

Masak kicap atau masak merah berlada.

Mengikut pengamatan saya, masakan ini menjadi masakan yang popular kerana penyediaannya yang sangat ringkas.

Hanya beberapa langkah sudah siap.

Atau mungkin kita boleh cakap, hanya campak-campak kemudian siap.

Rasanya juga sangat cocok dengan sotong untuk kedua-dua masakan ini.


1. Resepi Sotong Masak Kicap (Cili Api)

Cili Api itu adalah optional untuk kita letak atau tidak.

Untuk anda yang ada anak-anak kecil pastinya cili api itu bukan pilihan yang bijak untuk dimasukan sekali.

Kebanyakan kanak-kanak sememangnya sukakan kicap.

Macam-macam lauk ibu buat tapi kicap juga menjadi pilihan anak-anak.

Jadi dengan masakan sotong masak kicap – boleh membantu untuk menambah selera anak-anak tanpa risau akan ketakutan pedas.

Sotong Masak Kicap
Yields: 2 Servings Difficulty: Easy Prep Time: 10 Mins Cook Time: 15 Mins Total Time: 25 Mins

Resipi sotong masak kicap mudah dilakukan sebab itu ia juga antara masakan yang popular.

Sangat sesuai untuk dimakan bersama nasi ketika lunch dan juga makan malam.

Kalau tak suka pedas, boleh kurangkan cili api atau tak perlu letak terus.

Warna hitam dan tidak seperti sotong masak merah – dimana warna merah yang menjadi ketakutan (pedas) untuk anak-anak.

Makanan kegemaran untuk kanak-kanak juga sotong masak kicap ini.

Boleh juga tambah sayur-sayur sedikit seperti kubis atau sawi jika mahu.

Ingredients

0/9 Ingredients
    Bahan Utama
  • Bahan Lain

Instructions

0/6 Instructions
  • Sotong dibersihkan dan dihiris bulat
  • Tumis halia, bawang putih, cili api dan serai
  • Masukan kicap pada tumisan tadi dan dibiarkan sehingga mendidih
  • Masukan bawang besar yang dihiris sekaligus dengan sotong. Kacau sehingga sebati.
  • Biarkan sehingga sotong masak.
  • Masukan garam dan cuka (sesedap rasa... tak perlu banyak sangat)

Tags

#Masak Kicap  

2. Resepi Sotong Masak Merah Berlada

Kalau anda tinggal di Malaysia atau di pantai timur – sememangnya masakan sotong ini memang sejak turun temurun anda akan makan.

Ada rasa sedikit pedas tapi tidak terlalu pedas.

Kalau anak-anak berusia 6 tahun kebawah mungkin mereka boleh berani nak cuba walaupun anda berulang kali cakap tidak pedas.

Sedikit pedas pon sudah menjadi sangat pedas pada mereka.

Yields: 2 Servings Difficulty: Easy Prep Time: 10 Mins Cook Time: 15 Mins Total Time: 25 Mins

Resipi sotong masak merah ini adalah antara masakan utama untuk makanan laut ini.

Selalunya, sotong masak merah tidak akan digoreng kunyit.

Anda boleh rasai kelainannya jika anda goreng kunyit terlebih dahulu untuk sotong ini.

Mana-mana pon sedap!!!

Ingredients

0/10 Ingredients
    Bahan Utama
  • Bahan Tumis

Instructions

0/10 Instructions
  • Bersihkan Sotong dan Dipotong Bulat
  • Lumurkan garam dan kunyit
  • Goreng sotong sehingga masak. [Jangan terlalu masak kerana lepas ini akan dimasak tumis pula]
  • Masak Tumis
  • Panaskan minyak
  • Masukan bahan tumis yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan
  • Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili masak
  • Masukan sos tomato serta gula dan garam [sesedap rasa la yea]
  • Masukan sotong yang digoreng kunyit tadi.
  • Gaul sehingga rata.
  • Biarkan seketika. Dan siap untuk dihidang

Resepi masakan sotong mudah yang kami kongsikan diatas ini juga popular dikalangan golongan bujang.

Pastinya sebab utama kerana ia mudah sangat untuk disediakan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.