Category: Hidangan Laut, Makan Malam, Makan Tengah Hari, Sotong
Cuisine: Melayu
Cooking Method: Lauk Pauk

Yields:
2 Servings
Difficulty: Easy
Prep Time: 10 Mins
Cook Time:
20 Mins
Total Time:
30 Mins
Kalau sebut sotong celup tepung memang popular betulkan.
Sama macam sotong goreng kunyit popularnya.
Namun, jarang yang kita makan sotong celup tepung di goreng bersama telur masin.
Dengan ditambah bau daun kari, bau dan rasanya sangat menyelerakan.
Sotong celup tepung biasa, tak berapa nak kena kalau makan dengan nasi.
Namun, sotong goreng telur masin ni, kalau makan dengan nasi memang terangkat habis.
Ingredients
Instructions
- Bersihkan sotong kemudian potong bulat. Adunan Tepung
- Gaul bersama-sama tepung jagung dan tepung gandum
- Masukan 1 sudu kecil serbuk lada putih (Lada Berperisa jenama Aji-Shio)
- Masukan tepung penaik.
- Gaul sehingga sebati adunan tadi. Sotong Celup Tepung
- Pecahkan telur kemudian hancur kan.
- Masukan sotong ke dalam telur tadi.
- Masukan sotong yang dicelup telur tadi ke dalam adunan tepung
- Panaskan minyak kemudian goreng. Goreng sotong dalam 4 minit sahaja. Kemudian angkat. Sotong Celup Tepung + Telur Masin
- Panaskan Kuali. Cairkan mentega.
- Masukan bawang putih goreng sehingga naik bau.
- Masukan telur masin dah goreng bersama.
- Masukan cili, daun kari dan susu segar. Tambah juga dan garam sesedap rasa.
- Masukan sotong celup tepung dan goreng bersama-sama.